Tuesday 31 January 2012

Kelab Badminton

Kelab Badminton sekolah telah ditubuhkan pada bulan Januari 2012 selepas diluluskan permohonan oleh Guru Besar sebagai salah satu kelab permainan dan juga beroperasi semasa aktiviti 1M1S. Kelab ini berjalan pada setiap hari Selesa (sebagai aktiviti Sukan Permainan) dan pada setiap hari Jumaat (semasa aktiviti 1M1S).
Pada 16hb & 17hb Januari, seramai 8 orang pemain, iaitu 4 orang perempuan & 4 orang lelaki telah menyertai ke Pertandingan Badminton peringkat daerah. Secara keseluruhan, hanya 2 orang peserta sahaja yang sampai ke pusingan separuh akhir di mana mereka dikalahkan oleh pemain-pemain dari SK Pekan Papar. Namun kedua-dua pemain ini (Faith Elly & Frances Leone) masih mempunyai peluang untuk bertanding pada tahun hadapan kerana mereka adalah murid Tahun Lima.
Syabas diucapkan kepada Penasihat-penasihat Badminton (Pn Roziah, Pn Sufiah & Pn Noralizah) kerana gigih melatih pemain-pemain mereka walaupun kurang kemahiran namun mampu berlawan secara sihat dengan pihak lawan.