Wednesday 1 February 2012

Fakta-fakta Sukan Badminton



  • Badminton mula diperkenalkan pada di Yunani dan Mesir
  • Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil (Gambar)
  • Pada abad ke-18, sukan ini dikenali sebagai Poona di India
  • Persatuan Badminton England telah ditubuhkan pada tahun 1893
  • Kejohanan Badminton All England pertama dilangsungkan pada 1899
  • Persekutuan Badminton Dunia (IBF) telah ditubuhkan pada tahun 1934 
  • Pukulan Smash paling pantas ialah dari pemain beregu China Fu Haifeng iaitu dengan kelajuan 334 km/j pada tahun 2005
  • Malaysia telah menjuarai Piala Thomas pada tahun 1992 di gelanggang sendiri
  • Anak-Anak Sidek merupakan keluarga paling berjaya dalam badminton Malaysia

Tuesday 31 January 2012

Kelab Badminton

Kelab Badminton sekolah telah ditubuhkan pada bulan Januari 2012 selepas diluluskan permohonan oleh Guru Besar sebagai salah satu kelab permainan dan juga beroperasi semasa aktiviti 1M1S. Kelab ini berjalan pada setiap hari Selesa (sebagai aktiviti Sukan Permainan) dan pada setiap hari Jumaat (semasa aktiviti 1M1S).
Pada 16hb & 17hb Januari, seramai 8 orang pemain, iaitu 4 orang perempuan & 4 orang lelaki telah menyertai ke Pertandingan Badminton peringkat daerah. Secara keseluruhan, hanya 2 orang peserta sahaja yang sampai ke pusingan separuh akhir di mana mereka dikalahkan oleh pemain-pemain dari SK Pekan Papar. Namun kedua-dua pemain ini (Faith Elly & Frances Leone) masih mempunyai peluang untuk bertanding pada tahun hadapan kerana mereka adalah murid Tahun Lima.
Syabas diucapkan kepada Penasihat-penasihat Badminton (Pn Roziah, Pn Sufiah & Pn Noralizah) kerana gigih melatih pemain-pemain mereka walaupun kurang kemahiran namun mampu berlawan secara sihat dengan pihak lawan.